Pinjaman BANK
1. Anda mohon pinjaman dari BANK
2. BANK memproses permohonan
3. Apabila lulus, BANK mencipta sesuatu dipanggil "BANK CREDIT", iaitu satu bentuk WANG yang dicipta hanya dengan mewujudkan nombor yang dikehendaki di dalam akaun pelanggan. Contoh anda pinjam RM100k, dan terima bersih 98% atau RM98k, maka BANK akan cipta "BANK CREDIT" sebanyak RM98k dan memasukkan nombor tersebut ke dalam akaun anda. Tak percaya? Pernahkah anda menerima "CASH" semasa menerima pinjaman? Anda hanya perlu hadir dan tandatangan kertas perjanjian, dan bila anda ke ATM anda dapati wang sudah berada di dalam akaun anda. Adakah anda fikir wang berkenaan adalah wang sebenar?
4. "BANK CREDIT" apabila diluluskan akan menambahkan lagi jumlah WANG yang berada di pasaran, melalui kebolehan BANK mencetak wang (signiorage) - telah dibincangkan sebelum ini. Anda sebenarnya bukan sekadar meminjam WANG hasil dari simpanan orang lain di BANK, tapi WANG yang dicipta dan diadakan atas permintaan PINJAMAN anda. Sedikit sebanyak ia mencalarkan nilai rating credit anda dan diketahui seluruh institusi kewangan di Malaysia.
Pinjaman Ar Rahnu
1. Anda ada EMAS baru boleh pinjam
2. Apabila meminjam EMAS anda akan dicagarkan, dan anda terima TUNAI
3. WANG yang anda terima itu bukan nombor yang dimasukkan ke akaun, ia TUNAI yang anda boleh uruskan terus. Ini juga bermakna, WANG berkenaan wujud dan bukan dicetak sesuka hati oleh mana-mana entiti. WANG tersebut bukan "BANK KREDIT". Ia merupakan WANG yang telah ditetapkan maksimum transaksi bagi setiap ArRahnu yang wujud, dengan kata lain ia adalah "REAL MONEY"
4. Tiada BUNGA hanya UPAH SIMPAN, kerana ArRahnu adalah sistem simpanan, dan bukan sistem pinjaman, dan anda BEBAS mengeluarkan EMAS anda pada bila-bila masa anda mampu menggantikan WANG yang anda pinjam, walaupun hanya 1 hari selepas pajakan dilakukan. ArRahnu yang tidak membenarkan pajakan dikeluarkan awal sewajarnya dielakkan, kerana sistem yang dibawa sudah berubah kepada pinjaman bercagaran. Jika ArRahnu tersebut bukan termasuk di dalam institusi kewangan, credit rating anda tidak terusik. Tiada siapa yang tahu melainkan anda dan ArRahnu terbabit sahaja :)
Meminjam kerana memerlukan wang. Kalau nak guna pinjaman Ar-Rahnu kena ada emas dulu. Tak logik sungguh..
Sebab tu orang tua-tua dulu ada sebut beberapa pepatah ni
- sediakan payung sebelum hujan
- beringat sebelum kena
- sikit-sikit lama-lama jadi bukit
- jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
- bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian
Sebab tu kalau tengah lapang, atau tak lapang sekalipun, atau tiap-tiap bulan negative..tak kisahla apa keadaan sekalipun, SIMPAN! Biar tak banyak yang penting simpan. Kalau gaji RM2k, simpan rm200. Simpan 10%. Gaji rm100 sekalipun simpan RM10. Simpan. Simpan. Simpan. Kerana kalaupun keadaan kita tak selesa hari ni, akan datang mungkin lebih baik atau mungkin lebih teruk.
Anggaplah gaji anda Rm1,800 sahaja (contoh untuk yang gaji RM2k) dan adjust mengikut nilai tersebut. Tapi jangan simpan cash atau di dalam saving account. Rugi time value of money (nanti kita bincangkan). Simpan dalam bentuk emas, Tabung Haji atau ASB. Yang jenis gatal tangan hujung bulan pi korek duit balik eloklah tukar duit ke dalam bentuk emas dan pi tanam kat mana-mana atau bagi mak pegang hihihi..
Pilihan di tangan anda.
Selamat Mencuba
Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.
Stokis Powergold Sah,
Dilla (HerGold)
Klik di sini untuk sebarang pertanyaan atau komen di bawah :)
No comments:
Post a Comment