Wednesday, 4 November 2015

Apa Beza Fine Gold Dengan Pure Gold

Apa beza Fine Gold dengan Pure Gold?
Dari segi harga macam mana?

Dua-dua 24K dan sah diperdagangkan.
Bezanya:
*Pure Gold adalah jongkong emas yg diproses dari bahan mentah datang terus dari lombong emas.
^Fine gold adalah yg bahan mentahnya dari emas2 lama yang dikitar semula dan ditapis menjadi 24K semula. Kata kunci refine.

Harga pasaran tiada beza sebab indek emas dunia merujuk pada emas per ukuran berat bukan datang dari mana. Bagi org celik emas, tak kisah emas lombong ke emas recycle ke..yg penting ketulenan tu betul. Sebab itu barang kemas yang putus, goldbar patah pun masih diperdagangkan dengan harga yang sama.

Kalau diperhatikan bullion-bullion kalau pure gold dia tulis 99.99%. Fine gold 999.9%. Kenapa? Memang standardize dia macam tu ke?

Dari segi matematik nilai percentage% tak boleh lebih dari 3 digit..100.0%. Kalau hampir pure kena tulis 99.9999% bukan 999.9
Dia tulis tu purity % adalah 99.99%.
Cuma kita sebut 999
Macam emas 916 tapi dari segi % 91.6%

Thursday, 24 September 2015

Powergold bukan Skim Pelaburan


Powergold bukan skim pelaburan emas
 Powergold tidak membuat sebarang program eta atau apa-apa skim pelaburan.

✉ Ianya hanya jual beli emas biasa, kita beli dan syarikat akan bagi kita simpan emas pembelian kita secara fizikal. Bukan dalam bentuk akaun atau perjanjian. Beli emas, dapat emas.

 Matlamat syarikat mahukan kita menyimpan emas sebagai salah satu bentuk simpanan kerana nilai emas semakin meningkat dari semasa ke semasa

 Konsepnya, apabila kita menjadi ahli, sambil kita membeli untuk simpanan, dalam masa yang sama kita juga boleh menjual emas tersebut untuk mendapat untung runcit. Selain itu, dapat juga bonus belian daripada syarikat dan menjalankan business networking bagi yang berminat.
 Syarikat tak paksa untuk semua. Terpulang kepada kita. Ada yang berminat nak menyimpan sahaja. Ada yang berminat mengambil peluang untuk tambah pendapatan. Dua-dua pun tak ada masalah.

 Powergold adalah tempat mengorak langkah ke arah kemajuan dan juga berkonsep modern. Di mana setiap orang boleh menyimpan, membeli dan menjual emas secara fizikal sama ada online mahupun offline dengan kadar yang murah.

 Tidak perlu modal besar dan tidak perlu mencari tapak sewa kedai.

 Dalam masa yg sama kita kenalkan pada rakan kita yang minat untuk berniaga emas. Berniaga emas barangnya tak lusuh dek zaman, tiada tarikh luput dan nilai asetnya terus meningkat.

Insyaa allah. Sama-sama kita menerajui ke arah kejayaan dan kekayaan. Sama-sama kita berusaha memberi manfaat dan sumbangan yang lebih baik kepada bangsa dan agama.


Kata hikmat Prof Dr Hamka:
"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba⚡ datang tidak menentu masa, datang di saat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!"


Apa Itu Pelaburan Emas Fizikal?

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;
💡Syiling emas
💡Jongkong emas
💡Barang kemas


Daripada 3 kategori emas fizikal ni, syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Sebab, syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus utk tujuan pelaburan. 😊

Walaubagaimanapun, barang kemas pula bukanlah pelaburan emas yg baik kerana harganya tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu, susut nilai (spread) bagi barang kemas adalah tinggi (25% - 40%).

Tetapi barang kemas lebih mudah digunakan untuk membuat pajakan di ar-rahnu. Kesemua pusat ar-rahnu menerima barang kemas. Namun, tidak semua menerima emas berbentuk syiling dan jongkong emas..bergantung kepada polisi operasi masing-masing.

Kesimpulannya, semua kategori emas mempunyai pro dan contra. Namun secara keseluruhannya kita dapat menyimpulkan, menyimpan emas takkan pernah rugi terutamanya dalam jangka masa panjang.

Moga bermanfaat utk semua inshaAllah. 👍

😍😍😍😍😍 jom simpan emas 1g 1 bulan

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia

💥Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

💥Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

💥Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

💥Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

💥Bagaimana harga emas harian dibuka?

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu:
✅Barclays Capital,
✅Societe General,
✅HSBC Bank,
✅Scotia Mocatta dan
✅Deutsche Bank.

Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut.
Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi.
Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

💥Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun.

💥Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas.

Antaranya:

Faktor 1⃣ – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor 2⃣ – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor 3⃣ - berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor 4⃣ – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

1gram 1bulan 1keluarga

POWERGOLD. WE CARE. WE SHARE

Friday, 10 July 2015

Berat Dinar dalam Gram

Berat penting

Suku dinar = 1.0625 gram
1 dinar = 4.25 gram
2 dinar = 8.5 gram

Gold bar dan dinar Powergold @ Amethyst adalah emas tulen 999.9, 24 karat.




Monday, 15 June 2015

Pemberian bonus Powergold dari sudut Islam


Pemberian bonus perlu dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen)  kpd orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). 


Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;
“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)


Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya:
1⃣  Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2⃣  Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3⃣  Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)


Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat Powergold.biz adalah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh ahli/stokis dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang diberikan dinyatakan dengan pasti oleh pihak syarikat kepada semua ahli/stokis melalui seminar/perkongsian ilmu antara sesama ahli dan ia menepati syarat yang di atas.


Antara bentuk sistem Multi Level Marketing yang jelas keraguannya / keharamannya:

1⃣  Harga yang lebih tinggi daripada biasa sedangkan tiada sebarang keistimewaan yang membuatkan harganya lebih mahal daripada barangan lain yang sama dengannya
2⃣  Belian peribadi perlu mencapai harga target untuk dapt komisyen. Dengan Powergold, tiada paksaan untuk capai mana2 target dan keahlian tidak akan hilang sama sekali jika tidak membuat sebarang pembelian dalam satu bulan tertentu atau lebih
3⃣  Berlaku manipulasi dalam penjualan produk atau berlaku paksaan dalam pembelian barangannya atau barangan yang dijual memang jelas akan keharamannya.
4⃣  Berlaku 2 akad dalam satu akad. Contohnya, "aku jual barang ini dengan harga RM3,000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 5% dari harga jualanmu dan aku beri kebenaran pada kamu untuk cari ahli baru dan kamu akan dapat 2% daripada jualannya  dengan syarat kamu perlu ada jualan sendiri yang capai target setiap bulan"
5⃣  Perlu bayar yuran keahlian tapi xdiketahui yuran keahlian itu sebenarnya untuk apa dan tiada barangan yang perlu diniagakan. Hanya perlu mencari ahli baru sahaja.